Thursday, September 5, 2013

Time of Our Lives

This is where the chapter ends
And new one now begins
Time has come for letting go
The hardest part is when you now.

Assalamualaikum.Hari ni best kowt.Jenguk sekolah lama..Mana tak rindu zaman sekolah.Even college life could be more awesome tapi jejak sekolah menengah tak kan mudah di lupa.Tempat aku membina segala-galanya.Mental,physical,spritual.5 tahun yang berlalu..Tempoh 5 tahun membesar..Bila tengok budak sekolah dalam bas rapid,memang terusik..Tempat jatuh bangun.Tempat membina semangat.Kalau nak recall balik sumpah boleh senyum sorang-sorang.

We have had the times of our lives
And now the pages has turned
The stories we will write

Tadi pergi library,selak-selak buku..Tengok kipas,tengok sekeliling.Tak banyak yang berubah.Then bisik sendiri dalam hati,kau bukan student sini lagi.Library antara tempat yang paling aku ingat..Maybe sebab aku librarian..So hari-hari pergi library.Bila lama tak masuk memang flash back balik kenangan dulu-dulu.Hahahah..Kalau boleh nak jew cakap kat semua student dalam tu,dik kau tau tak zaman sekolah one of the best part in life.Tak kira kau nakal macam mana pun.Kenangan tetap ada.Zaman yang kau berperang dengan diri sendiri cari identiti diri.Boleh jadi masa sekolah kau rasa pressure nak sekolah,nak habis sekolah cepat but once you leave high school then you will feel what i feels.Perasaan yang membuak-buak nak pakai baju sekolah.Nak nyanyi lagu Negaraku penuh semangat.Nak nyanyi lagu sekolah.How I miss those thing.

We say goodbye,
We hold on tight,
To these memories that never die.


Graduation Songs-Time of our lives







Wednesday, September 4, 2013

Nomophobia-Takut kehilangan cell phone.


Assalamualaikum..Hi everyone.Just now i read from twitter there have one kind  anxiety related  to cell phone which is Nomophobia..What??Hahahaha..

Ok ni dapat dari wikipedia..copy paste jew.

-Nomophobia is the fear of being out of mobile phone contact

-The study found that nearly 53% of mobile phone users in Britain tend to be anxious when they "lose their mobile phone, run out of battery or credit, or have no network coverage"

-The study found that about 58% of men and 48% of women suffer from the phobia, and an additional 9% feel stressed when their mobile phones are off.

Semua characteristic kat atas ni aku ada.Hahahah..Mana boleh hidup weh tak ada phone.Yang aku tahu aku boleh survive tak ada phone masa zaman duduk asrama dulu sebab tak berani bawak phone masa mula-mula masuk..Even phone aku cikai jew tapi benda tu dah semacam keperluan yang tak boleh tak ada.Dan sometime aku rasa jugak aku depend sangat kat handphone.Kadang kalau lupa letak phone kat mana cuak dia gila kowt.Hahahah..Kalau phone rosak lagilah..Boleh jadi depression.Huhuu..

Apa-apa pun benda ni normal.Aku tak rasa aku sorang jew macam ni.


 however, arguable that the word 'phobia' is misused and that in the majority of cases it is only a normal anxiety

sources:http://en.wikipedia.org/wiki/Nomophobia









Tuesday, September 3, 2013

Amazing.



How amaze it was right?................

Senyap bukan sebab aku lupa..


Hi and assalamualaikum..Kalau perasan lah twitter aku dah tak semeriah dulu,facebook apa lagi..Kalau dulu hari-hari nak tweet,update status..Tapi sekarang aku senyap..Kalau ada yang mention kat tweeter aku tak balas,ada yang tag kat facebook aku tak respond bukan lupa kawan,sombong jauh sekali cuma aku selesa macam tu..But i am not change anything.Even to be somebody else..Aku tetap aku..Bukan sebab aku dapat hidayah ke apa.Well semua orang nak dapat hidayah..

Aku tak lupa dan tak pernah lupa.

To be honest,tiap-tiap hari aku stalk kawan yang aku rapat.Terutama dia ni...


Tbh jugak aku rindu kau gila paan!!Tiap-tiap hari aku baca tweet kau,dan aku tak pernah lupa..Mana boleh lupa segala benda yang aku pernah going through dengan kau..Sumpah sedih kalau nak throw back balik..Mungkin masing-masing dah beza haluan,kau kat poli,aku kat sini.Bukan macam dulu hari-hari jumpa kat sekolah.
U means a lot.
Kalau nak ingat balik kenangan yang kau ada dlm hidup aq ni terlampau banyak..Paling banyak masa zaman sekolah..

Aku kenal kau masa form 2 sebab kita sekelas. 
Masa tu aku tak rapat dgn kau,sebab kau ni poyo,sakai semua..Then masa form 3 start rapat dengan kau.Sebab kau suka bahan aku..Dan tu starting point yang aku rasa yang kau ni boleh pakai untuk dibuat kawan..Masa form 3 nak PMR kau selalu pau duit aku makan warisan bonda..Dan tbh lagi aku tak rasa rugi pun belanja kau.Ponteng kelas pergi bilik kaunseling..Haihh rindu semua tu..Masa tu aku start ada kawan baik..Kawan yang aku rapat..Yang aku rasa selesa.Yang aku tak ambik pusing pun kalau kau bergurau..Mungkin bagi orang kasar,tapi aku ok....Apa jew yang kau tak pernah ejek aku kan?Macam-macam weh...Tapi tak makan dalam pun//

Form 4 dah lain kelas,aku mula rasa tak selesa..
Lepas PMR naik form 4 aku masuk SC1 kau masuk SC2.Tak selesa bukan sebab aku tak suka duduk kelas tu,cuma aku rasa kosong gila.Sebab tak da kau.Macam gay lah pulak..Hahaha..Aku jujur kowt.Masa form3 kau yg suka buat lawak bodoh,bahan aku.Tiba-tiba hilang macam tu jew.Aku rasa kehilangan kowt.Hahahah..Tak sampai seminggu aku duduk kelas tu,then tukar nak masuk kelas sama dengan kau.Dalam surat tu tulis..

Antara sebab saya memohon pertukaran kelas adalah kerana kawan baik saya berada di kelas 4SC2.Dia antara pendorong untuk saya berjaya dalam PMR. 
Dan tak disangka-sangka Cikgu Buljender yang garang yang amat tu boleh pulak luluskan.Then masuk lah aku ke SC 2 dan everything back to normal..Yang aku still ingat awal form 4 kau celebrate birthday aku dengan lana bagi cawan.Hahahahah..


Hari kita gaduh tak bertegur dalam kelas,surat tawaran MRSM datang..
Dan aku dengan excitednya nak pergi.Aku tak sedar yang sebenarnya aku akan rasa kehilangan kat MRSM..Sebab tak ada kau..For sake of future aku pun pergi.Dan memang aku rasa kehilangan pun.Masa tu aku ada kat point yang aku rasa down gila..Bukan sebab homesick.Aku just rasa aku hilang zon selesa aku.Zon yang aku boleh bersuka ria dengan kawan-kawan.Aku rasa macam kena tarik semua tu..Aku jumpa ramai kawan kat situ..Tapi dorang tak sebaik kau..

Dan aku buat keputusan.Antara keputusan paling besar dalam hidup aku..

Aku decide berhenti MRSM.Keputusan yang tak ada siapa support..Even aku lari keluar MRSM sbb parent tak bagi berhenti.Then kembali aku ke Kosas.Nak pindah Kosas punya susah.Dengan parent yang tak support.

Mana boleh lupa kenangan pergi JPN Shah Alam.Time balik kena tahan polis sebab kau ada L jew.Then kau suruh aku turun kat tengah highway.Haha.Mana boleh lupa time balik basah kuyup redah hujan yang lebat gila.

Then kau pun dah pindah kelas SC 4.Dan kita mula tak bertegur sapa.Tak serapat dulu.Aku pun tak tahu kenapa dgn aku..Dan tbh jugak aku drop akaun  amik geografi sebab SC4 ada geo.Hahahahah..

Time form 5 paling banyak kenangan.Yang sungguh aku tak boleh lupa sampai sekarang.
Tahun last sekolah ni paling best.Masa ni aku start rapat dengan kau..Study sama-sama kat surau rumah aku sampai pagi.Then acah berani pergi Bukit Belacan naik moto tengah malam.Last-last dua-dua pengecut..Lepak MCD tengah malam tak sedar esok ada trial exam.Hahaha..Mana boleh lupa.Tengok lawak ke der 2 kat Istana Budaya masa trial SPM..hahahaa..Mana boleh lupa study kat Perputakaan Negara time nak SPM..

Dan aku tak akan lupa semua tu.Kenangan yang bertanda
Kalau kau rasa aku lupa kawan sebab tak text kau dah,tak tweet kau aku nak kau tahu yang aku tak akan lupa kawan yang paling baik pernah aku ada..Yang ada time aku susah senang..Aku rindu kau weh,rindu lawak kau,rindu perangai bodoh kau.Aku rindu kau sangat-sangat..Mungkin sebab masing-masing dah ada jalan masing-masing.Masing-masing dah ada komitment.Apa-apa pun goodluck untuk kau.Moga kau success jadi engineer yang aku bangga paan.People changes memories don't right??..


Ni antara respond dia lepas aku bagitau aku tulis pasal dia.Hahaaa..Tak pernah beubah dia ni.





Kenangan yang datang waktu dulu
Bersama masa yang berlalu
Sungguh aku tak lupa
Dan aku tak pernah alpa
Kerna kau yang satu
Dan tetap satu






Monday, September 2, 2013

Silence is priceless

The moments you realize your words were worthless, you believe that your silence is priceless
 Well...True indeed...First of all Assalamualaikum everyone..Just now our Prime Minister have announced about the increasing of petrol price and on the spot I open facebook,twetter,scroll down the news feed,tweet and...













 What happen guys?Where on the earth you put ur manner?I know this is irritaring.When government promises so many thing,to bring Malaysia to be better nation and suddently after election ended they don't walk the talk.Is not about either u are on government side or opposition but is all about attitude.The way u behave..
 Mana tak marah naik minyak sesuka hati,mana tak bengang weh..Tapi sometime when we want contributes some idea,mind ur words,speak in proper way.Dan kalau dah rasa bengang sangat silence is better.Kadang-kadang senyap bukan tanda kita tak alert,tapi kalau bising tak beri apa faedah tak guna jugak kan?I used to be that way before.Bila cakap nak menang jew,tak mahu kalah,rasa idea sendiri betul..


Senyap tu berfikir der..
The best way to earn some respect is with being silence.Serius.Bila kita senyap in certain situation,mungkin sebab kita tak pasti.Contoh paling senang situasi minyak naik ni.Tbh langsung tak pernah belajar economic pasal harga barang naik,faktor menyumbang semua.Dan satu-satunya sumber aku google.Tapi ada macam -macam version so rasa macam tak pasti..Cara paling baik senyap dan senyap sebab ilmu tak banyak dalam bidang tu...











Sunday, September 1, 2013

Wind Of Change


The world is closing in
Did you ever think
That we could be so close, like brothers
The future's in the air
Can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Actually nak buat post pasal Matrik sebelum lupa segala kenangan kat sana.Dan tiba-tiba layan lagu Scorpion ni..Lagu yang buat aku teringat pada Dia.Ya Dia yang pernah datang jadi kawan aku..Tipu lah kalau aku cakap sebulan kat matrik tu tak tinggal apa jejak dalam hidup aku.Matrik best.Sumpah cakap..Mungkin sebab rapat gila..Even tak boleh deny yang matrik susah tapi memori hari-hari kat sana indah.Dan sebenarnya aku nak cerita pasal kawan aku.
.....

Wey rindu gila kat hang Fikree..Sumpah rindu..First kenal masa orientasi yang serabut serabai.Aku tak expect orientasi seminggu macam duduk asrama dulu..Gila lah suruh beratur apa semua..Masa orientasi kalau nak kena duduk kat Dataran Pepatih mesti aku duduk sebelah dia tak pun Faiz..Memang dalam serabut-serabut tu tak terfikir nak cari kawan baru.And kebetulan budak ni roomate aku memang kaw tim lah..Dia lawak kot.Gila babi punya lawak.Kiatorang boleh gelak sampai tak ingat dunia...




The wind of change
Blows straight into the face of time
Like a storm wind that will ring the freedom bell
For peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

 
Sebulan kat sana memang best lah.Apa jew benda yang kitaorang tak pernah buat kat sana..Wrestling sampai seluar track aku koyak terus tak boleh pakai.Main lawan-lawan sampai patah katil.Hahahhaha..Rindu kowt semua Lepak kat padang astaka sampai 3 pagi...Karaoke tak ingat dunia malam sabtu tanda hilang stress dengan kuliah,tutor,lab report,assignment yang berlambak-lambak.Mana tak rindu semua tu weh..Gila berani lepak astaka kat padang tak sedar Kuala Pilah tu tempat jin bertendang.Outing pergi Kuala Pilah yang memang entah apa-apa tak ada benda sampai berbotol-botol kitaorang habiskan air sementara nak tunggu Van Uncle Guna datang amik.Tengok movie Korea Wishing Stairs yang tak seram langsung..Mana tak rindu weh semua tu..Entah tiba-tiba rindu yg teramat kat kau..
 




Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

 


Apa-apa pun haluan kita dah tak sama sekarang.Mungkin lama-lama kau lupa kowt pasal aku.Aku tulis post ni pun sebab aku tak nak lupa kenangan yang pernah ada dalam hidup aku kat Kolej Matrikulasi Kuala Pilah.Sori weh labu tak bagitau nak berhenti haritu sebab aku dah mula suka duduk matrik tiba-tiba kena keluar for sake of future.Benda last aku ingat aku buat dengan kau tengok cerita Supernatural sambil buat lab report.Malam tu aku dah rasa aku akan blah dari matrik.Cuma aku tak pasti dan aku tak nak pun blah.,Mana tak sedih nak tinggal tempat aku jatuh bangun even sebulan jew.Apa-apa pun goodluck weh untuk apa jew bidang yg kau amik.Kau nak jadi petani kan>?Seingat aku lah..Apa-apa pun thanks untuk segala-galanya.Terima kasih untuk kenangan yang akan aku ingat...