This week bf aku pergi Thailand then tiba tiba text cakap sorang sorang dalam bilik..pulak...duduk bilik sorang sorang sebab member lain pergi suana..GAY SAUNA..dia tak pergi sebab asyik teringatkan muka aku.hahaaaa.boleh percaya ke ?then aku stalk fb dia.mmg dia sorang sorang....nasib dia sayang aku :) boleh jew dia pergi tak payah bagitau...dan aku memang tak boleh tolerate benda benda macam ni..aku tak boleh terima kalau bf aku still online hornet,pergi club,sauna..memang aku konkong dia banyak.since couple dengan aku dia uninstall we chat,hornet,grinder,dia delete semua contact plu..mula-mula couple tiap masa aku check phone dia.sebulan dua je.lama lama dia dah boleh fikir sendiri.aku pun dah percaya dekat dia.dengan kepercayaan tu lah yang kitaorang bawak ke mana mana tempat kitaorang pergi.even sampai ke Thailand.dengan kepercayaan tu jugak la hubungan kitaorang nak masuk 7 bulan.relationship ni aku jaga seluruh jiwa yang aku ada.bagi aku kalau nak jadi gay jadi gay yang ada maruah..bila tau member dia yang dah nak 30 pergi sauna gay.satu perkataan jew keluar dari mulut aku... BODOH.umur umur macam aku pergi boleh consider bodoh jugak tapi bodoh sikit,sebab umur umur macam aku curiousity tinggi..tendancy nak buat silap tinggi.,kesedaran tu lambat sikit.tapi at the age of 30 kau still pergi tempat tempat camtu macam fukk gila.memang kesedaran semua orang tak sama..jangan salahkan aku nak judge korang.sebab they lowering down themself...kau boleh cakap aku judgemental...ya.aku pernah jadi money boy.aku letakkan maruah aku paling bawah sekali..macam macam orang aku jumpa,yang lawyer konon konon educated dengan mat rempit otak kat lutut.semua sama...aku jadi money boy bukan sebab duit.tapi sebab nak tau macam mana rasa jadi pelacur...macam mana rasa main dengan orang yang bayar kau tanpa rasa cinta etc..tiap kali dapat customer banyak gila soalan aku tanya..ada bf ke tak.bf tak marah ke..kenapa nak layan money boy.tak jijik ke..camne boleh jadi gay.end up sejam bercerita tak main pun.haha.bodoh kan..ni sebab selalu lepak bb...sekarang dah stop.sebab aku dan rasa semua benda yang aku nak rasa.couldnt ask for more.kalau sebab duit dah lama aku buat kerja ni, masyuk doe.sehari leh dapat 1000 $$$$$$$..hahaa.kalau foreigner lagi arrr....dapat pulak yany hansem :p hahaa.aku dah letakkan diri aku sama dengan pelacur pelacur yang aku nampak.so aku dah puas hati..at least aku dengan dorang tak da beza...pergi sebab curious aku rasa boleh terima.tapi kalau sampai second try bullshit.nak nak yang dah ada bf ni.babiiiiii..senang cerita tak yah cuba langsung.at the age of 30 dari kau sibuk cari macam macam dalam dunia plu,sibuk cerita macam macam,baik lah kau acquire as much knowledge as u can.at the age of thirty dah patut ada mini library.,tak minat membaca?sebab u choose wrong reading material.get a best one suit with you...kau kena explore banyak.sampai jumpa reading material yang sesuai..at the age of 30 kalau kau sibuk cerita pasal orang,sibuk cari orang sana sini cam looser.apa beza kau dengan aku yang 20 ni.bukan ke manusia dewasa bersama usia..again...nak jadi gay biar ada maruah ..
Friday, January 30, 2015
Wednesday, January 28, 2015
Fragile
My friend came over to my room and said i am the strongest person he ever met..
Ya..appearantly
But im not.
Im fragile
My soul had scattered all over the places...............
I know myself well
......................
Monday, January 19, 2015
The Killer Vs Siti Nurhaliza
![]() |
Playlist lagu aku sebelum aku couple dengan BF aku sekarang.Kawan aku cakap aku pelik sebab dengar lagu orang tak pernah dengar.
Sedih kan kawan aku tak pernah dengar lagu The Killer.Hahahahahahahahahahhaahhahahahahahha.
Memang masa tu tak banyak lagu melayu dapat mencelah masuk playlist aku.Ada lah 2,3 lagu .Tu pun sebab ada kenangan dengan lagu tu/Macam tu jugak dengan lagu english mainstream.Memang aku tak boleh dan tak pernah nak cuba
|
![]() |
Ni lepas kenal BF aku sekarang. |
rasanya kamu sudah menjadi bintang
terang hidupku
Masih kurang rasaku
mencintai hatimu
ingin aku jadi terbaik bagimu
Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu dengan tenang
Sunday, January 18, 2015
:)
Bangun pagi dengan benda ni kat katil.hahhaaaaaaa...thanks sayang :)sory tak perasan dah pg kj.kalau tak boleh mandikan,pakaikan tie,buat breakfirst.Eh?.....haha
Saturday, January 17, 2015
Paan
Aku rindu kau Paan
Sangat :(
Entry ni aku tulis dengan sedu sedan.dengan air mata yang turun macam celaka.Hilang sorang yang bukan kawan biasa,yang melebihi segala.lebih dari adik beradik.Jauh mana aku pergi,hari hari yang kau pernah ada aku tak kan pernah lupa.Mungkin tuhan tahu dalam mana aku letak kau dalam hidup aku sebab tu tuhan tak izin aku lupa setiap benda terindah dengan kau..
Since kau dah tak nak contact aku since tu aku cuba move on.Kawan beribu.Boleh cari.Bulan bulan aku tak fikir pasal kau.Bulan bulan aku tak amik port apa yang jadi dengan kau.Malam ni,dah nak dekat setahun aku tak jumpa kau,malam ni jugak aku stop jadi denial.sememangnya aku tak kuat mana nak buang kau jauh jauh..Air mata ni turun laju bila satu satu kenangan aku dengan kau datang.Teringat masa naik moto dalam hujan pergi Shah Alam register sekolah biasa lepas behenti MRSM,masa tuh aku tak ada ayah nak tolong,kaulah ayah.Teringat lagi time nak dekat SPM gigih study dekat perpustakaan negara..Malam malam study kat surau.Teringat jugak time tengak Lawak Ke Der kat Istana Budaya..Gadoh teruk mana pun kita,lepas tu jadi kawan balik..
Bila kucing engkau sayang tersesat di jalanan
Pasti ia akan mencari jalan pulang
Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu
Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali
Bila air mata menitis
Pasti ia datang dari hati
Kita harus kuat terima kenyataan
Tak usah terus berduka dan menangis semacam bayi
Mungkin aku tak patut sedih.Sebab sahabat sejati akan kembali.Aku tunggu time tu..Bila orang tanya sape kawan baik aku kat UIA,aku cakap tak ada...Sebab aku ada kau sorang je.Untuk aku letak orang lain jadi kawan baik aku semacam mustahil.Even lepas kau tak nak contact aku pun,even lepas nak dekat setahun kau buang aku aku jauh jauh,kau tetap kawan terbaik pernah aku ada.Kalau kita putus kawan sebab kau rasa aku dah lupa kau,sebab kau rasa aku cari kau bila susah jew..sebab aku tak layan kau.Kau silap..Selamanya nama kau aku bawak.Selamanya aku akan cerita yang baik baik tentang kau pada siapa siapa,pada tuhan bilamana hari pembalasan nanti..Selamanya jugak kau ada tempat dalam hidup aku.
Friday, January 16, 2015
STELLZ
BIla life
Berlaku kejam
Terhadapmu,
Bila anjing anjing gila
Menyalak tanpa henti
Ke arahmu
Usah resah gelisah,
Aku
Akan
Sentiasa
Ada
Untuk menari
Bersamamu
Dan
Meraikan
Kita
Jangan menangis
Sayangku
Ukirkan senyuman
Di bibir merah ceri itu
:Mohd Jayzuan Anekdot Rabak
Thursday, January 15, 2015
FUKK
"Kesedihanmu
Adalah
Kemurunganku
Yang
Terhebat
Berat "
I'd love to conteng ayat tu di dinding restoran -restoran mewah,kelab -kelab 5 bintang,tandas awam or if I really could,aku buat print making of those words,kalau lucky jual beribu ribu RM at exhibition art fukk,dan still aku akan murung even though poket berat dengan moolah.Why is that?
Kerana tak ada apa di dalam dunia ni yang mampu bayar untuk aku lupakan kesedihanmu yang terlihat di depan mata bertalu talu
Bertahan Bunga Chanteq.Bila semua ni habis,aku bet,malah sangat pasti,you will bloom seperti bunga indah mekar selepas hujan,
Proud,better,and
Stronger
:Mohd Jayzuan
Bila dah masuk 20 ni life makin fukk.BF whatapp jangan sedih sebab result exam.Kalau bukan sebab result pun aku dah lama sedih.Sebab tu gigih aku turun naik Kelantan dalam 2 minggu ni.Sebab nak lari jauh jauh.Nak hilang dari semua ni.Even kau sebelah aku pun sedih tak pernah hilang.Sorry to say,bukan tak sayang but im just being honest.No one can make me happy buat masa sekarang...Aku tau aku depress cam celaka bila aku tulis banyak.
I write a lot when im sad
Sebab aku tak boleh cerita dengan suara,tak boleh lagukan dengan nyanyian dan aku tak boleh tunjuk dengan riak muka.Depan semua aku happy sebab pura pura benda paling handal aku boleh buat.Sorry kalau lately ni tiap tiap hari ada entry baru.Tangan tak henti gerak macam kesedihan yang tak pernah habis.Bf tanya lagi kenapa nak buat degree kat Sarawak kenapa tak nak proceed UIA?Aku tak da sebab kenapa.Aku cuma nak pergi jauh.Nak start balik semua.Aku tak pernah suka dengan kesedihan ni macam mana annoying post sedih2 ni.Kalau boleh aku nak gembira lebih dari rasa sedih.Doakan angan angan aku nak belajar jauh tuhan bagi......Kalau boleh aku nak stuck kat dalam hutan,pekan ke kampung ke as long bukan KL yang sesak dada...........
Ok
Kat UIA ni apa je aku tak rasa
Tempat yang aku tak buat kawan sangat
Tempat yang aku selalu sorang sorang
Tempat yang aku kawan sesama gender je
Tempat yang aku kena maki
Tempat yang aku kena tolak
Tempat yang aku tak pernah rasa seronok nak belajar
Tempat yang aku tak pernah suka since first sem
Tempat yang tak pernah dirindui
Tempat yang aku dapat rasa fail exam
Tempat yang emosi tunggang langgang
Tempat yang paling banyak celaka
Tempat yang air mata ni murah je tumpah merata rata
Tempat yang aku dapat rasa macam mana depression
Tempat yang aku bukan aku
Tempat aku pura pura kuat
Pura pura ok
Pura pura suka
Sedar sedar dah masuk last sem
Moga dapat terus pura pura.
Kejap lagi.dah tak lama.
Wednesday, January 14, 2015
Random thought
Baru lepas usha blog blog plu and i found an interesting blog.
Mula mula i would like to add some comment to the blogger but to know it will be long so i decide to write a new entry regarding of my personal opinion..
First of all,the writer come out with this statement
"kat sini aku percaya yang gay itu ada hak untuk hidup macam biasa, jatuh cinta, berjanji setia dan sehidup semati tanpa perlu derhaka pada Tuhan. It's a bit controversial, right considering your faith. :p Well I am not a liberal. I have no label. I am on my own. That's it. Gay or straight doesn't matter. We are equal di sisi Tuhan"
Bagi aku simple.there is no right way to do something haram.Apa cara pun you cant make it right.Islamic faith is not man made philosophies which depend on our mind.I had the same thought as you before.Aku pernah angan angan nak someone yang boleh sembahyang sama sama,do good things together with the blessing from god and now i found one but i cant make it.Every human is born as a natural believer in Islam which is fitrah to be muslim so nak tak nak we have to get back to the fitrah to seek Allah pleasure and purifie our soul,and i dont think gay orientation adalah fitrah seorang muslim.Boleh je kau jumpa couple gay yang boleh sama sama ajak pergi masjid,tak commit sexual intercouse and im even have one now,but to be honest ketenangan tu tak ada.Islamic faith is unchangeable faith bro,nothing can be added.Yes we are equal di sisi tuhan regarldless of any race or colour consideration not sexual orientation and what differ us is Takwa and to reach the level of Takwa kita tinggal benda yang dia larang.Bagi aku being gay is not wrong but having gay relationship obviously wrong.Islamic faith itself is clear,guiding one's mind to be free from any confussions.Apa yang haram selamanya haram.Insteac of having gay couples better niatkan untuk bersahabat kerana Allah
Ok thats all.As mention earlier this is just my personal opinion.Salah silap kasar bahasa mintak maaf Numan:)
Monday, January 12, 2015
PLU Wishlist
Baca wishlist blog blog PLU ni and.......
Aku dah buat semua...
Dan...
Dah tak nak apa apa
Sampai masa
Bila kau jumpa someone yang betul
Yang ada semua
Yang sebelum ni cuma angan angan
Believe me.
At that time kau akan cuba pelan pelan tinggal dunia plu
Sebab kau dah ada semua
Dan kau dah tak nak apa apa
Tak nak siapa siapa
Cuma kau mahu jalan lurus
Dan kau dah tak cari siapa siapa
Selain Tuhan
Believe me...........................................................................
Both
Im both happy and sad
And i still figure it out
How it could be
When depression hit me like a thunder
And happiness shine it out
I have no idea
Am i crazy?
Sunday, January 11, 2015
کلنتن
Rindu
Sangat rindu bau lumpur dan selut
Awan biru
Terik matahari
Bulan
Bintang
Rindu segalanya tentang Kelantan
Kalau tanya kenapa tiap tiap minggu nak turun Kelantan
Sebab ....
Rindu yang tak pernah habis
Tuhan jangan kau izin aku lupa.
Saturday, January 10, 2015
Infinity
Moment baring atas bumbung hilux berlatarkan gumpal gumpal awan Kota Bharu.at that time i swear i feel infinity ♡♡♡♡♡♡♡