Kadang kadang bila susah aku rasa aku tak perlu sape sape..tak perlu mak ayah,tak perlu kawan tak perlu bf sebab bila moment moment yang aku rasa sukar aku hanya ada diri sendiri.
Kadang kadang aku rasa tak perlu harap ada bahu tempat bersandar sebab akhirnya aku perlu kuat sendiri untuk kesat air mata sendiri.
Kadang kadang aku rasa tak nak sape sape selain diri aku sendiri
Kadang kadang nasihat paling baik datang dari dalam diri sendiri.
Mungkin..
Selalunya nanti aku mahu sendiri
Awak awak semua
Tak perlu susah hati
No worry
Aku ada diri sendiri
Yang aku paksa kuat sendiri
Yang aku arah bangun sendiri
Yang lukanya sembuh sendiri
Yang risau hilang sendiri
Kamu kamu semua
Bila suka datang mari
Aku mahu kongsi gembira
Bila duka boleh jika mahu pergi
Sebab aku ada diri aku sendiri
Dan aku akan selalu sendiri
Dengan gumpal hati yang dipaksa kuat
Untuk segala kecelakaan.
2 comments:
Kenapa ni?? Jgn lah sbb sy tak teman awk kt OU rasa mcm awk keseorangan.
Sy fhm awk muda. Masih mencari nilai diri. Tp jgn lah pula buat sesuatu yg org lain risau.
stay strong.... :(
Post a Comment