Lately ni blog ni penuh dengan cerita cerita cinta yang cliche na mati.Bulan ni bulan yang significant.Bulan yang aku pernah kata tak mahu dengan mana mana PLU.Bulan yang aku rasa sudah sudah dengan dunia PLU.Bulan ni jugak menemukan aku dengan seorang PLU mulanya sama dengan mana mana PLu yang aku pernah sangkut.Yang aku boleh cakap satu benda yang setia dan kejujuran boleh ubah seseorang yang dulunya kebiasaaanya sama dengan mana mana PLU.Benda paling simple aku buat adalah menegah dengan larangan yang amat amat serius untuk dia layan mana mana aps PLU like hornet,grindr.Dengan tegahan tu lah setahun sudah bertahan.Sebab aku tahu,kalau dia mahu,dia boleh jumpa banyak lagi PLU yang lagi better fizikal ,tubuh badan yang aku ni hanya seorang PLU yang hambar yang nak mati yang rupa paras yang elok bukan lah ciri dominant diri aku.Yang kalau nak di bandingkan dengan mereka semua aku hanyalah budak 20 tahun yang kurus ,hitam yang langsung tiada tafsiran menarik.Perasan tak generasi aku sekarang semua sado sado,hansem kacak nak mati dan aku langsung tiada dalam lingkungan itu.Hahahaaa..
Satu benda aku belajar.Dulu aku impikan seseorang yang kacak,yang background architecture.Nak yang educated.Nak yang macho luar dalam yang sayang aku sorang.Dengan dia ni first time aku jumpa serious kacak.Hahahaaa.Lepas tu dia ni arkitek.Tapi dia layan apps PLU,we chat pun dengan PLU which is aku tak suka.So syarat aku dia kena uninstall semua tuh.Sebab sifat tamak nak dia sorang je makanya dia pun uninstall.Dan dia sendiri delete contact PLU depan aku.Makanya yang dulunya bukan kebiasaan pada dia jadi sebab kenapa hubungan ni masih bertahan untuk tahun pertama.Dan aku tiada jaminan apa apa untuk keadaan ni terus berterusan.Boleh jadi bila aku belajar dekat perak nanti dia senyap senyap layan apps plu semua ni.Entah..
Dalam setahun ni aku belajar setia
Cuba
Cuba untuk bertahan
Cuba untuk bahagia
1 comments:
mungkin kau tak perlu rasa curiga pada dia selepas setahun kau bersama. sikap curiga negatif ini mmg patut ada, tp bukan melebih2. please bro, semua dh makin mmbesar, chill and berharap dia akan setia bgmana kau setia..
Post a Comment