Yang hansem yang sado yang ada semua yang ke mana mana dengan kawan berderet deret bukanlah aku..
Yang followernya beribu ribu yang tak cukup masa baca komen bertimbun timbun bukanlah aku
Yang tiap tiap petang singgah gym selfie sepam depan cermin dengan 6 pack dan bicep yang mantap bukanlah aku
Yang meletakkan semua ni sebagai sebab untuk bahagia bukanlah aku.
Mungkin aku meletakkan self esteem aku paling bawah dengan tiada semua sebab sebab ni.
Tak.
Ahhhh.
Kadang kadang memang begitu
Bila belek instafamous yang macam ada semua.
Semua sial belaka
Kalau kau menafikan kau tak mahu itu ini
Dan akhirnya
Aku masih memilih kemana mana berseorangan
Leceh mahu layan karenah semua
Follower aku masih tak menjangkau angka ribu
Masih tak jejak kaki dalam gym yang hanya bawah asrama
6 pack masih tak nampak bayang
Dan akhirnya aku masih senyum sendiri bila lihat..
Yang sado itu kantoi mencuri
Yang followernya beribu hidap kanser hati
Yang kawan berderet akhirnya sendiri di buang universiti
Sungguh tuhan campak keadilanya merata rata tempat
Jangan kau tanya itu ini
Kerna kau manusia tak boleh ada semua
1 comments:
i criously like d last 3 lines
Post a Comment