Tuesday, February 17, 2015

Ikhlaskanlah

Kita pernah janji
Untuk selamanya ada
Tapi di akhirnya
Aku memilih sendiri
Tanpa kamu

Namamu
Lambangku
Kau mewakilkan
Tiap mimpi aku
Tiap angan angan ku

Dulu aku angankan
Jasad yang dapat peluk tubuhkan
Dan bisik i love you
Pada malam malam aku

Dan kau hadirkan dia untuk itu

Dulu aku angankan
Susuk yang akan selalu ada
Untuk setiap jatuh dan diri

Dan kau hadirkan dia untuk itu

Dulu jua
Aku angankan
Sang sempurna
Yang elok segala

Dan kau hadirkan dia untuk itu

Kini
Tiada lagi angan dan mimpi
Pada tiap malam
Tidur tiada lagi terisi
Kosong
Realiti juga sepi

Aku lelaki yang menyedihkan
Cuba mengikhlaskan sesuatu
Yang sisanya keikhlasan
Yang tak pernah di ikhlaskan

Teruskan berlari lambangku
Jangan goyah lagi
Kau dah punya semua

Aku di sini baik baik saja
Walau hampir rebah
Kerana aku bukan terlalu tabah

0 comments:

Post a Comment